Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

Syarat-syarat Diterima Syahadatain...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 10:46 PTG


acapkali setiap muslim mahupun mukmin mengucap Syahadatain di dalam solat Fardhu ataupun solat-solat sunat...Tetapi tidak semua yang merasai kedinginan Syahadah itu sendiri...
Mengenang kembali ketika zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat tidak gentar diancam dan akidah mereka tidak sirna walaupun diseksa dengan seksaan yang mungkin tidak tertanggung oleh kita seperti kisah Bilal bin Rabah dan keluarga Yassir...Punca kekuatan mereka tidak lain tidak bukan ialah mereka tidak mewarisi Syahadah, tetapi mereka mendapatkan Syahadah...Dan bicara tentang syahadah, terdapat syarat-syarat yang perlu kita tanam dan serapkan dalam minda dan jiwa kita...



Syarat-syarat Diterima Syahadatain



1) ILMU menafikan kejahilan :


شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ


Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. {3 : 18 }


-Tidak bertaqlid semata-mata.
-Beramal dengan ilmu (menggunakan ilmu mengenali dan memahami kekuasaan Allah Ta'ala).



2) KEYAKINAN menafikan keraguan :


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). {49 : 15}


-Perlu ada i'tikad yang kuat terhadap Allah Ta'ala.
-Tidak meragui sedikitpun bahawa Allah Ta'ala berkuasa menepati/berlawan dengan asbab.


3) IKHLAS menafikan syirik :


وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.

{98 : 5}


-Reda atas segala ketentuan Allah.
-Tidak riya' dalam beribadat/berihsan.
-Sentiasa menghindari sifat ujub/takabbur (aku lebih baik daripada orang lain).



4) Benar menafikan dusta :


وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ


Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

{2 : 8}


-Sentiasa benar dalam bersyahadah.
-Betulkan niat, bersyahadah bererti menjauhi segala larangan Allah dan berusaha mendekati
kesukaan Allah.



5) CINTA menafikan benci :


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

{8 : 2}


-Tidak melebihkan cinta makhluk melebihi cinta Allah Ta'ala.
-Berusaha mendatangkan cinta yang membawa kepada takut yang sebenarnya terhadap Allah.


6) MENERIMA menafikan tentangan :


فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا


Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

{4 : 65}


-Sami'na wa atha'na(sentiasa menerima dan membenarkan segala apa yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w kerana setiap ape yang dibawa oleh Baginda merupakan wahyu daripada
Allah Ta'ala.



7) HARAKAH(gerakan) menafikan pasif :


وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ


Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

{31 : 22}


-Meletakkan Allah Ta'ala sebagai kuasa tertinggi dalam segala hal.
-Sentiasa berusaha di samping meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah Ta'ala akan
menerima usaha kebaikan yang dilakukan.



Dalam melakukan setiap amalan, perlu diingatkan agar meletakkan Allah Ta'ala sebagai Yang Terutama.Dan kerana itulah Syahadatain disyariatkan di dalam solat...Supaya kita dapat mendalami fitrah dan fikrah kita sebagai hamba...


-Sumber : Materi Tarbiyah susunan Ummu Yasmin.

-Nukilan : KuEYte@wpat@ya.








0 Response to "Syarat-syarat Diterima Syahadatain..."

Catat Ulasan

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...