Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

HADITH MUSALSAL, BID'AH KE?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 2:47 PG 0 ulasan

Alhamdulillah setelah berhempas pulas menahan kepala daripada pecah dek kerana peperiksaan(padahal tidur je...), akhirnya saya berkesempatan untuk kembali menulis...Kali ni Hadith Musalsal menjadi pilihan saya sebagai bicara jari-jemari...Pada hari Selasa bersamaan 24 Rejab 1431H, Alhamdulillah saya dan beberapa rakan seperjuangan berpeluang mengikuti pengajian bersanad bersama seorang alim fi ad-Din yang tidak asing lagi bagi kebanyakan kanak-kanak al-Azhar iaitu Syeikh Muhammad Husni Ginting ibn Muhammad Hayah Ginting ibn Ilyas Ginting ibn Salih Ginting al-Langkati(biografi beliau akan saya cuba usahakan kemudian untuk dikongsikan bersama) yang berlangsung di Zaqaziq...Maha Suci Allah, kami berjaya mengharungi terik matahari yang berjaya menukar bau perfume beraneka wangian yang kami pakai di pagi hari kepada peluh beraneka hapak baunya...Boleh dikatakan ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil sanad Hadith Musalsal iaitu sanad Hadith yang bersambung daripada Rasulullah sehinggalah sekarang...Alhamdulillah di dalam pengajian Syeikh Husni sempat menerangkan maksud Hadith Musalsal sebelum menyampaikan sanad tanpa perlu diminta...Mungkin kerana berasa kasihan melihat muka jahil saya yang sememangnya sedang dahagakan maksud sebenar Hadith Musalsal pada waktu itu...Apa itu Hadith Musalsal? Dan benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Hadith Musalsal itu bid'ah dhalalah? Jom explore sama-sama...


Menurut keterangan Syeikh Husni, Hadith Musalsal bermaksud talian atau rantaian perawi terhadap hadith daripada Rasulullah yang bersambung dari segi perkataan, perbuatan, dan ikrar dalam satu sifat dan cara yang sama sehinggalah sekarang...Mengapa ia dinamakan Musalsal? Kerana di dalam rantaian tersebut berlakunya tasalsul iaitu sesuatu perkara yang tidak berkesudahan...Ataupun dalam bahasa mudahnya hadith Rasulullah tidak terputus sehinggalah sekarang dan mungkin pada masa akan datang sekiranya penyampaian hadith berterusan dengan sifat dan cara yang sama...Syeikh Husni juga menjelaskan bahawa Hadith Musalsal lebih khusus daripada sanad(rantaian perawi)...Bermakna setiap daripada perawi yang memperoleh hadith musalsal pastinya bersanad kerana rantaian periwayatan hadith tidak terputus daripada Rasulullah sehinggalah sekarang sebagaimana yang telah saya tuliskan sebelum ini...


Akan tetapi ada juga golongan yang menafikan Hadith Musalsal ni...Bid'ah katanya...Kerana golongan ni(saya taknak sebutkan di sini, lu fikirlah sendiri!) beranggapan hadith yang benar hanya hadith salafi semata-mata...Syeikh Husni membidas mereka dengan mengatakan bahawa hadith-hadith Musalsal juga diajarkan di sekolah-sekolah fahaman mereka, bagaimana hadith ini dikatakan salah? Lagi bidasan daripada Syeikh Husni, sekiranya mereka menolak hadith-hadith Musalsal, bagaimana mereka mengamalkan isi hadith tersebut sedangkan tidak terselit satu pun nama-nama ulama' fahaman mereka...Maka dengan rantaian apakah yang mereka gunakan untuk beramal dengan isi Hadith ini? Bagaimana Syeikh boleh mengatakan sedemikian? Kerana beliau sendiri pernah merapati ramai ulama' di Mekah dan berupaya memahami perkara-perkara yang bercanggah dengan iktikad Ahlu Sunnah...


Segala puji bagi Allah...Syeikh menerangkan lebih lanjut tentang hadith Musalsal dengan menegaskan bahawa hadith ini hanya boleh dikatakan sampai sekiranya orang yang menerima sanad mendengar sendiri daripada gurunya yang juga mempunyai sanad yang sama yang juga diperoleh daripada gurunya dan begitulah seterusnya sampailah kepada Rasulullah...SYARATNYA MESTI BERJUMPA DAN MENERIMA DARIPADA GURUNYA...Lagi penerangan daripada Syeikh bahawa perlu untuk ihtimam(memberi perhatian) terhadap Musalsal perawi termasuklah tarikh wafat mereka...Kerana apa? Supaya kita dapat mengetahui sama ada terdapat kekurangan jumlah perawi dan juga dapat mengetahui sama ada rantaian perawi tersebut benar ataupun tidak dari segi bertemunya perawi dengan gurunya...Dari sini kita dapat faedah dengan mengetahui sama seseorang itu tersilap dalam menyebutkan rantaian sanad ataupun menipu dalam menyampaikan rantaian perawi..."mana mungkin seorang perawi dapat meriwayatkan hadith daripada orang yang sudah lama wafat sebelumnya? Apakah bertemu melalui mimpi ataupun meriwayatkannya dari kuburan?" Antara kata-kata Syeikh yang berjaya menambat benak saya yang sudah hampir-hampir blur disebabkan kepanasan dalam kepadatan manusia yang 'wangi-wangi' belaka...


Akihr kalam, suka saya nak petik kata-kata Syeikh Husni, "Kuasailah hadith Riwayat dahulu barulah kuasai Dirayat selepasnya kerana dengan menguasai ilmu Riwayat secara automatisnya kita mendapat sekali faedah-faedah hadith Dirayat"...Insya-Allah pada masa akan datang saya akan cuba untuk berkongsi tentang biografi para ulama' dan kemudiannya barulah saya akan mula berkongsi tentang matan(isi) hadith Musalsal...Semoga Allah memberkati ilmu yang kita pelajari...Jalan menuntut ilmu bukan senang, tapi syurga sebagai ganjaran bagi mereka yang bersungguh untuk mendapatkannya...Wallahu A'lam...

Category : edit post

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...