Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

Jentik Syaitan?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 1:08 PG 0 ulasan




Pernah tak antum bayangkan, mase antum mengantuk dalam kelas atau mane2 ceramah atau ape2 situasi pun...Antum bayangkan yang diri antum tengah berlawan dengan syaitan... Contohnye antum bayangkan ade syaitan tengah bertenggek kat kelopak mata antum, lepas tu antum jentik ke tak pun antum tempeleng ke syaitan tu terus tergolek dog...Cara ni diajar oleh sorang ustazah ana mase kat skolah menengah dulu...Ustazah ana cerita beliau pun selalu amalkan mase kecik...Ana pun cuba praktikkan dan memang berkesan! Hilang mengantuk ana..He2...Yang ana bayangkan, ade sekor Tazmania(watak kartun Bugs Bunny) tengah tarik2 bulu mata ana supaya mata ana tertutup...Lepas tu ana jentik die terus terpelanting...Memang bez la mase tu...Ditambah pulak lepas ana berangan tu cikgu ana sound..."Kenape awak tibe2 ketawa sorang2?!"...Tapi tu cume salah satu langkah nak halau syaitan dari terus-menerus mengganggu kita...Kalau nak dikira bagaimana langkah syaitan menghasut kita lagi la teruk... Berikut adalah langkah2 syaitan...



Langkah-langkah Syaitan



1) Membuat keraguan :



إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدۡعُواْ حِزۡبَهُ ۥ لِيَكُونُواْ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ


Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.
{ 35 : 6}
-Sememangnya syaitan sentiasa berusaha menimbulkan keraguan dalam hati orang beriman...
-So kita sebagai hamba hendaklah berusaha menjauhi musuh utama Allah Ta'ala...



2) Membuat kelalaian(lupa) :


وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُ ۥ نَاجٍ۬ مِّنۡهُمَا ٱذۡڪُرۡنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَٮٰهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ ذِڪۡرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجۡنِ بِضۡعَ سِنِينَ


Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang dia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka dia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.
{12 : 42 }

-Di sini kita boleh nampak betapa syaitan boleh membuat orang yang sedang kegembiraan melupakan sesuatu amanah.So, kesimpulannya...Lupa amalan syaitan...Sebab tu lah bila terlupa kita perlu beristighfar...



3) Memanjangkan angan-angan :



وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمۡ وَلَأَمُرَنَّهُمۡ فَلَيُبَتِّڪُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَأَمُرَنَّہُمۡ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ وَلِيًّ۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانً۬ا مُّبِي


Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.
{4 : 119}

-Syaitan memang suka masuk ke dalam setiap corong yang ada pada diri kita supaya diorang dapat berpusat di akal fikiran kita untuk tidak berfikir dan mengingati Allah Ta'ala.



4) Membuat keindahan :



أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُ ۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُ


Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
{47 : 14}

-Syaitan suka mengindahkan segala yang buruk dan keji menjadi baik dan benar.Contohnya,
seorang sahabat tolong 'cover line' bagi sahabatnya yang sedang berdating.Baginya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang salah sebab dia menganggap telah mambantu sahabatnya melepaskan rindu pada orang tersayang.Na'uzubillah...



5) Membuat Janji Manis :



وَقَالَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لَمَّا قُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَڪُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُڪُمۡ‌ۖ وَمَا كَانَ لِىَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَـٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِى‌ۖ فَلَا تَلُومُونِى وَلُومُوٓاْ أَنفُسَڪُم‌ۖ مَّآ أَنَا۟ بِمُصۡرِخِڪُمۡ وَمَآ أَنتُم بِمُصۡرِخِىَّ‌ۖ إِنِّى ڪَفَرۡتُ بِمَآ أَشۡرَڪۡتُمُونِ مِن قَبۡلُ‌ۗ إِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬


Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
{14 : 22}

-Syaitan memang suka memberi janji manis kemudian memungkirinya.Jika ada sesiapa yang membuat janji manis...Contohnya seorang lelaki menggoda aweknye dengan memberikan janji2 manis kemudian memungkirinya dengan selambe...Senang cakap, Syaitan lah tu...


6) Membuat Tipu Daya :



يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّڪُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡہُمَا لِبَاسَہُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٲتِہِمَآ‌ۗ إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَہُمۡ‌ۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ


Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
{7 : 27}

-Macam contoh-contoh lain...Syaitan diberi kemampuan oleh Allah Ta'ala untuk membuat manusia tertipu dek godaan dan hasutan mereka.So, berhati-hatilah wahai diri dan sahabat sekalian...



7) Menghalangi :



وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودً۬ا


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
{4 : 61}

-Dah termaktub sifat golongan munafik merupakan salah satu golongan penghuni neraka...Dan penghuni2 neraka pulak merupakan sahabat2 syaitan...Paham2 je lah...Syaitan memang tak pernah jemu menghalang manusia mendekati Allah Ta'ala.



8) Menimbulkan Permusuhan :



وَقُل لِّعِبَادِى يَقُولُواْ ٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَـٰنِ عَدُوًّ۬ا مُّبِينً۬ا


Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
{17 : 53}

-Lagi satu fitrah syaitan yang boleh dibanggakan(oleh golongan diorang ja la), suka mengadu domba...Agak2 siape2 yang suke sangat jadi batu api tu sila2 lah ambik ihtimam dan belajar2lah jadi hamba Allah yang soleh/solehah...



Bile fikir2 balik ana takut sebenarnya nak bicarakan topik ni..Takut ana sendiri yang terjerumus.Tapi bile fikir balik, ana tetap tulis sebab ana anggap coretan ni satu perkongsian...Sebagai pesanan buat diri ana dan sahabat sekalian, berhati-hatilah dengan musuh utama kita yang bernama SYAITAN YANG DILAKNAT kerana jika kita menjadi salah satu golongan diorang,memang sah2 diorang tak nak ambik tau kalau kita terpilih sebagai ahli neraka.Na'uzubillah...Diorang siap salahkan kita lagi sebagaimana Kalamullah mengatakan...



قَالَ قَرِينُهُ ۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُ ۥ وَلَـٰكِن كَانَ فِى ضَلَـٰلِۭ بَعِيدٍ۬


(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
{50 : 27}


Wallahu A'lam


Category : edit post

Senyumlah Kerana Allah...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:15 PG 0 ulasan

Kejadian ini berlaku di New York...Pada suatu hari, seorang lelaki berjanggut rapi sedang bersiar-siar di bandar...Tiba-tiba terjadi perkara yang mengejutkan berlaku di hadapannya...Seorang gadis genit sedang dikejar seekor anjing gila...Dengan langkah berani lelaki itu mencapai sebatang kayu lalu memukul anjing gila tersebut...Hanya dengan sekali pukulan sahaja menyebabkan anjing gila itu mati...Berikutan kejadian, seorang polis datang untuk mengambil keterangan tentang apa yang berlaku dan gadis genit tadi memberitahu polis bahawa lelaki tersebut telah menyelamatkan nyawanya...Mendengarkan keterangan gadis terbabit, polis tersebut memuji lelaki berjanggut itu dengan berkata..."Tahniah! Esok pasti akan terpampang di muka akhbar, seorang lelaki New York yang berani telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dengan membunuh seekor anjing gila."...Lelaki berjanggut menjawab,"maaf, saya bukan orang New York."...Polis itu berkata pula,"oh, jika begitu, esok pasti akan terpampang di muka hadapan akhbar, seorang lelaki Amerika yang berani telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dengan membunuh seekor anjing gila!"...Lalaki tadi menyatakan semula bahawa dia bukan orang Amerika mahupun New York..."Kalau tidak Amerika mahupun New York, awak berasal dari mana?"...Tanya polis tersebut kehairanan...Dengan selamba lelaki berjanggut rapi menjawab..."Saya berasal dari Saudi"...Dan pada keesokan hari, terpampang di muka hadapan akhbar dengan tajuk yang begitu besar, SEORANG EKSTREMIS ISLAM TELAH MEMBUNUH SEEKOR ANJING YANG TIDAK BERDOSA!


...................................................................................................................................................................



Seperti biasa pada setiap hari Jumaat seorang khatib menyampaikan khutbahnya...Dan pada kali ini khatib tersebut menyampaikan 2 berita kepada para pendengar...Khatib berkata..."Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, hari ini saya akan menyampaikan 2 berita kepada anda...1 berita gembira dan 1 lagi berita buruk...Berita gembiranya ialah kerajaan telah mendermakan tanah untuk kita mendirikan sekolah agama bagi anak-anak yatim di daerah ini.Dan kita memerlukan sejumlah wang untuk membiayai projek pembinaan sekolah tersebut...Berita buruknya ialah, wang-wang yang diperlukan masih lagi berada di dalam poket tuan-tuan sekalian..."


...............................................................................................................................................................


Suatu hari Mullah Nasruddin telah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah masjid...Setibanya di masjid, dia bertanya kepada para jemaah..."Adakah kamu tahu apa yang akan saya perkatakan pada hari ini?"...Semua hadirin menjawab tidak...Lalu beliau berkata..."Saya tidak suka berucap kepada orang yang tidak tahu isi yang akan saya sampaikan."...Kemudian beliau terus beredar meninggalkan jemaah dalam keadaan tepinga-pinga...Selang hari kemudian beliau dijemput lagi untuk memberi ceramah...Sebelum memulakan ceramah, beliau bertanya..."Adakah kamu tahu apa yang akan saya sampaikan?"...Kali ini para hadirin sepakat untuk menjawab YA! Lalu beliau berkata..."Oleh kerana kamu sudah tahu, maka tidak perlulah saya beri ceramah pada hari ini."...Kemudian beliau terus berlalu meninggalkan jemaah yang semakin kehairanan dengan sikapnya...Tetapi para jemaah tetap tidak mahu mengalah.Mereka berpakat supaya apabila Mullah Nasruddin menanyakan perkara yang sama, separuh daripada jemaah akan menjawab ya dan separuh lagi menjawab tidak...Lalu Mullah Nasruddin dipanggil lagi...Sebelum memulakan ceramah, beliau menanyakan lagi soalan yang serupa...Dan dengan serentak separuh jemaah mengatakan ya dan separuh lagi mengatakan tidak...Dengan wajah yang tenang, Mullah Nasruddin berkata..."Baguslah jika begini.Separuh tidak tahu dan separuh lagi sudah tahu...Yang tidak tahu boleh bertanya kepada yang sudah tahu dan yang sudah tahu boleh mengajar mereka yang tidak tahu."...Kemudian beliau terus beredar...


.................................................................................................................................................................


2 orang lelaki berbangsa Amerika sedang menaiki kapal terbang atas urusan bisnes...Tiba-tiba datang seorang lelaki beragama Islam duduk di hadapan mereka.Kedua-dua lelaki tersebut memandang lelaki beragama Islam dengan pandangan yang amat jelek seolah-olah mereka melihat seekor babi di hadapan mereka...Lalu seorang daripadanya bersuara dengan kuat supaya lelaki beragama Islam tadi dapat mendengar...
lelaki 1 : Awak tahu tak, bos saya telah menyuruh saya pergi ke Arab Saudi...Tapi saya tak suka
padahal negara itu kaya...Saya tak suka kerana di negara itu terdapat ramai orang
Islam!"
lelaki 2 : Oh, saya pun sama.Bos saya suruh saya pergi ke Iraq tetapi saya menolak kerana di
negara itu terdapat ramai orang Islam!"
Lelaki 1 : Oh! Jika begitu awak pasti takkan dapat mencari saya di Indonesia juga!Hahaha!
Lelaki 2 : Oh! Jika begitu awak juga pasti takkan dapat mencari saya di Malaysia, selatan
Thailand, Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain!"
Lalu ketawa berderai.Mereka sengaja berbual dengan kuat supaya dapat membangkitkan 'kemarahan' lelaki yang beragama Islam tersebut.Tanpa disangka-sangka yang terbangkit di hati lelaki Islam itu bukanlah 'kemarahan' sebaliknya 'keramahan'.Dengan wajah tenang lelaki Islam itu berpusing ke belakang menghadap 2 lelaki Amerika yang puas mencemuh Islam sejak tadi sambil tersenyum lalu berkata..."Kenapa kamu tak pergi je ke neraka? Saya dengar di sana tak ramai orang Islam!"

Category : | Read More...... edit post

Syarat-syarat Diterima Syahadatain...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 10:46 PTG 0 ulasan


acapkali setiap muslim mahupun mukmin mengucap Syahadatain di dalam solat Fardhu ataupun solat-solat sunat...Tetapi tidak semua yang merasai kedinginan Syahadah itu sendiri...
Mengenang kembali ketika zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat tidak gentar diancam dan akidah mereka tidak sirna walaupun diseksa dengan seksaan yang mungkin tidak tertanggung oleh kita seperti kisah Bilal bin Rabah dan keluarga Yassir...Punca kekuatan mereka tidak lain tidak bukan ialah mereka tidak mewarisi Syahadah, tetapi mereka mendapatkan Syahadah...Dan bicara tentang syahadah, terdapat syarat-syarat yang perlu kita tanam dan serapkan dalam minda dan jiwa kita...



Syarat-syarat Diterima Syahadatain



1) ILMU menafikan kejahilan :


شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ


Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. {3 : 18 }


-Tidak bertaqlid semata-mata.
-Beramal dengan ilmu (menggunakan ilmu mengenali dan memahami kekuasaan Allah Ta'ala).



2) KEYAKINAN menafikan keraguan :


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). {49 : 15}


-Perlu ada i'tikad yang kuat terhadap Allah Ta'ala.
-Tidak meragui sedikitpun bahawa Allah Ta'ala berkuasa menepati/berlawan dengan asbab.


3) IKHLAS menafikan syirik :


وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.

{98 : 5}


-Reda atas segala ketentuan Allah.
-Tidak riya' dalam beribadat/berihsan.
-Sentiasa menghindari sifat ujub/takabbur (aku lebih baik daripada orang lain).



4) Benar menafikan dusta :


وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ


Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

{2 : 8}


-Sentiasa benar dalam bersyahadah.
-Betulkan niat, bersyahadah bererti menjauhi segala larangan Allah dan berusaha mendekati
kesukaan Allah.



5) CINTA menafikan benci :


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

{8 : 2}


-Tidak melebihkan cinta makhluk melebihi cinta Allah Ta'ala.
-Berusaha mendatangkan cinta yang membawa kepada takut yang sebenarnya terhadap Allah.


6) MENERIMA menafikan tentangan :


فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا


Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

{4 : 65}


-Sami'na wa atha'na(sentiasa menerima dan membenarkan segala apa yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w kerana setiap ape yang dibawa oleh Baginda merupakan wahyu daripada
Allah Ta'ala.



7) HARAKAH(gerakan) menafikan pasif :


وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ


Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

{31 : 22}


-Meletakkan Allah Ta'ala sebagai kuasa tertinggi dalam segala hal.
-Sentiasa berusaha di samping meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah Ta'ala akan
menerima usaha kebaikan yang dilakukan.



Dalam melakukan setiap amalan, perlu diingatkan agar meletakkan Allah Ta'ala sebagai Yang Terutama.Dan kerana itulah Syahadatain disyariatkan di dalam solat...Supaya kita dapat mendalami fitrah dan fikrah kita sebagai hamba...


-Sumber : Materi Tarbiyah susunan Ummu Yasmin.

-Nukilan : KuEYte@wpat@ya.








Bicara Tentang al-Quran

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 6:23 PTG 0 ulasan




Pusaka Rasulullah s.a.w sebelum wafat,Kitabullah dan Sunnah nabawiyah...Namun semakin diabaikan oleh umat dari hari ke sehari...Ramai yang terlupa bagaimana al-Quran menyingkap segala pautan kekuasaan Allah dan berperan sebagai bukti kemukjizatan Rasulullah s.a.w...Bicara tentang al-Quran...

al-Quran itu hikmah...

Hanya orang-orang yang berhikmah(bijaksana) suka
dan ingin dekat dengan al-Quran...

Dan atas hikmahnya itulah...

al-Quran itu sendiri yang memilih siapa yang dekat dengannya
melalui kekuasaan Allah Ta'ala...

Jika dibicara tentang cinta,cinta boleh menukar...

BUSUK menjadi WANGI

MASAM menjadi MANIS

BURUK menjadi CANTIK

Bicara tentang al-Quran pula...


al-Quran itu 'FURQAN'(membezakan)
Yang tidak pernah sirna dalam membezakan

yang HAK dengan yang BATIL...

yang ADIL dengan yang ZALIM...

yang FAKTA dengan DONGENGAN...

yang TULEN dengan yang PALSU...

Dan yang utama...
Membezakan siapa RABB dan siapa MAKHLUK...
وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَا لِلنَّاسِ فِى هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ۬ فَأَبَىٰٓ أَكۡثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا ڪُفُورً۬ا (٨٩)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

Category : edit post

Betul Ke?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 2:19 PG 0 ulasan

Suasana senyap sepanjang p'jalanan balik ke JB...Pengalaman di Ijtima' Ulama' Sedunia cukup M'kagumkan hati masing2...Tiba2 suara Dato' Mansor(bukan nama sebenar) yang merupakan sahabat sejemaah dgn ana memecah syahdu...Dia yang memang t'kenal dgn kemahiran yang tinggi dalam bidang m'goreng,bukan m'goreng gitar atau nasi mahupun telur...Akan tetapi bakatnya amat2lah t'serlah dalam m'goreng sesuatu cerita sehingga cerita itu hangus dek kesungguhannya b'cerita...Dia berkata..."Weh,korang tau tak macam mane Parti Islam Se-Malaya(Pas) boleh wujud?!"...Masa tu ana malas nak melayan ceritanya...Tapi dek kerana t'ingatkan anjuran Rasulullah S.A.W supaya memuliakan sahabat,ana cuba menyenangkan hati m'dengar gorengannya...

Dato' Mansor mula m'goreng tanpa secuilpun keraguan di hatinya..."Korang tau tak? Sebenarnya kita amat b'terima kasih kpd tentera Jepun kerana m'jajah bumi Malaysia...Sebabnya,kerana wujudnya Jepun maka wujudlah Parti PAS...Buktinya? Sewaktu Jepun ingin m'duduki Tanah Melayu,mereka merancang strategi untuk masuk melalui Kelantan...Iaitu kubu kuat bagi Tok2 Wali...Tentera Jepun manyusup ke Tanah Melayu betul2 selepas Subuh...Maka orang2 alim di Kelantan berasa kagum lalu mereka m'jadikan Jepun sebagai ikon p'juangan...Bagi mereka,Jepun adalah 1 bangsa yang tak tidur selepas Subuh...Salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w.Malah para tentera Jepun juga sanggup berani 'syahid' untuk negara mereka sendiri...Sungguh luar biasa semangat jihad di hati mereka...seluar yang mereka pakai pun tak menutup buku lali...Itu menunjukkan mereka golongan yang zuhud...Antara bukti lainnya,mereka merampas bekalan makanan orang2 Melayu dan makanan2 t'sebut dicatu...Tujuannya adalah untuk mengajar p'duduk Tanah Melayu supaya b'jimat cermat dan tak makan t'lalu banyak supaya tak malas untuk b'ibadat...Atas sebab2 itulah,para Alim di Kelantan mangambil keputusan untuk m'jadikan Jepun sebagai ikon mereka...Lalu mereka mengambil langkah drastik dengan m'cipta bendera PAS yang juga b'bentuk bulan seperti bendera Jepun...Akan tetapi, oleh kerana t'ingatkan warna kesukaan Rasulullah, mereka pun mengubah warna bendera jepun kepada warna hijau dan putih..."

Ana yang asyik m'dengar cerita t'sebut t'senyum sendiri...Dalam hati ana t'tanya, betul ke cerita dia?PAS dah wujud ke masa zaman Jepun? Apepun ana ucapkan syukran katsir kepada Dato' Mansor kerana b'jaya memecah kesunyian di dalam van Serena yang kami naiki...Wallahu A'lam...

Category : | Read More...... edit post

Perkasakan Bahasa Inggeris?Perkasa lagi Allah Ta'ala...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 11:45 PTG 0 ulasan


Semalam ibu ana balik dari sekolah(ibu ana guru BI) dgn muka yang berseri-seri...Pastu ibu ana cerita pasal student2nye yang ala2 pandai2 bodo...Maksud ana kurang pintar tapi nak tunjuk pandai...Kelmarin ibu ana tetapkan kpd student2nye supaya sentiasa b'bahasa Inggeris pada keesokan hari(semalam)...Kalau satu perkataan Bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka, mereka dikehendaki m'bayar 10 sen sebagai denda...

Hari yang ditetapkan pun tiba...M'ikut jadual ibu ana sepatutnya masuk ke kelas darjah 6 selepas waktu rehat pada hari tersebut...Menurut cerita ibu ana,hari itu tak seperti hari2 biasa...Selalunya apabila masuk kelas, student2 slalunya tak duduk diam..Belum sempat ibu ana bagi salam dah ade yang jerit.."Teacher Rock sudah mari!"...Dan ketawa b'derai...Tapi hari tu lain..Semua student duduk diam...Masing2 bagai cacing m'cari aircond dgn muka pucat mereka...Rupanya mereka takut jika disoal oleh ibu ana...Sesi p'belajaran b'langsung...Ibu ana m'beri mereka latihan di dlm buku shj kerana tahu para student takut untuk b'tutur dlm Bahasa Inggeris...

Tiba2 seorang student yang b'nama Salikin(bukan nama sebenar) dgn selamba b'tanya..."Teacher,saya tak faham soalan ni!"...Dan dgn selamba badak jugalah ibu ana menadah tangan kanannya sambil b'kata..."10 cent"...Dgn muka toya selamba Salikin mengeluarkan 10 sen dari koceknya lalu diberikan kpd ibu ana...Lalu dia b'tanyakan soalan yang sama...Ibu ana m'jawab lagi..."10 cent"...Salikin menyeluk lagi sakunya...Lalu dia b'tanya lagi..."Teacher, I not faham this soalan"...Ibu ana t'senyum lalu b'kata lagi..."10 cent"...Kali ni Salikin mengetatkan mukanya sambil memandang ibu ana...Ibu ana hairan lalu b'tanya..."Why do your face like tempoyak?Are you sick?"...Dgn nada sedih Salikin m'jawab..."Duit saya dah habis...Hari ni mak saya cuma bagi 50 sen je...Tu pun saya dah guna 30 sen tadi buat beli air"...Ibu ana t'senyum lalu m'berikan jawapan kpd studentnye yang bernama Salikin itu...Dalam hati ibu ana b'doa supaya inisiatifnya dapat m'buatkan student2nya sentiasa peka untuk m'pelajari Bahasa Inggeris... Waktu tu ana t'fikir bayangkanlah kalau ramai student b'perangai macam Salikin ni...Mesti siap ada student yang t'londeh seluarnye sebab t'lalu banyak duit syiling dalam poket seluar...he2...

Allah memandang doa ibu ana...Hari ni sewaktu ibu ana sedang makan di kantin,kedengaran suara student2 yang berasak-asak ingin m'beli makanan...Tiba2 seorang student m'jerit..."Cik jenah!Nasi Lemak 1!"...sahabatnya menegur,"Eh,teacher ada kat sini la...Don't speak in Malay!"...Dan dgn suara yang kuat student tadi m'jawab..."Ah, sekarang time rehat...Aku tak kire,speak Indon ke Malay ke yang penting sekarang air liur aku pun dah Malayleh dah ni!"...Suaranya jelas kedengaran sehinggakan ibu ana pun dapat m'dengarnya dari dalam...Semua student yang m'dengarnya turut ketawa...Kemudian kedengaran suara2 student lain..."Cik Jenah!Please give me one fried noodle!"..."Cik Jenah!give me this one!"..."Cik Jenah!How much this?!"...Ibu ana yang m'dengarnya berasa teruja dan amat b'syukur...Ana yang baru dengar cerita ibu ana pun turut teruja...Lalu seorang student b'kata..."Weh, ko ni speaking2 kat Cik Jenah bukannya die faham pun!"...M'dengarkan itu Cik Jenah m'jegilkan mata lalu b'kata dengan suara yang kuat..."Ooh!So you fikir I can't speak English haaa?!"...Wanita berusia 50-an itu berseloroh...Ketawa b'derai...Para guru yang sedang menikmati makanan turut t'tawa melihat telatah Cik Jenah dan para student...Bukan setakat Cik Jenah dan para student, para guru turut b'gurau m'gunakan Bahasa Inggeris apabila 2 orang guru lelaki berebutkan sudu...Seorang b'kata..."Hey!Spoon I!Spoon I!"...Seorang lagi b'kata..."Nonononono, This spoon is I!"...

Begitulah kuasa Allah Ta'ala yang sentiasa memandang segala yang baik dan tidak penah lupa memandang kepada yang buruk mahupun yang lemah...M'dengar cerita ibu, ana t'fikir...Asalnya cuma harapan ibu ana ingin melihat hanya student2nye m'praktikkan Bahasa Inggeris, sampai ke mak cik kantin t'kena tempiasnya...B'makna walau sekecil mana niatnya, jika dilakukan dgn usaha dan harapan yang besar kpd Allah, perkara tersebut juga akan m'jadi besar...Maha Suci Allah...

Category : | Read More...... edit post

Mencari Sinar...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:45 PTG 0 ulasan


Ramai insan yang sunyi(jahil) ingin mencari kepuasan diri sehingga sanggup memudarati diri sendiri...Walhal masih ada 'cinta' yang tidak pernah melupakan mereka walau sesaat...Walaupun mereka sentiasa lupa...

Category : | Read More...... edit post

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...