Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

SILA RELOAD IMAN ANDA DENGAN SEGERA!!!

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 7:49 PTG 0 ulasan

Alhamdulillah kini Ramadhan telah pun berlabuh selama 13 hari...perjalanan masa yang saya kira agak cepat...pejam celik sudah pun hampir pertengahan ramadhan...Dan dari hari ke hari masa semakin berlalu dan Ramadhan pun akan meninggalkan saya...Suatu pemergian yang amat menyedihkan bagi para perindu Ramadhan...Ketika ini saya cuba flashback semula apa yang sudah saya kerjakan sepanjang Ramadhan ini...Adakah saya berjaya menambat kasih Allah yang sememangnya DIA Maha Pengasih? Ataupun sudahkah saya memberi manfaat kepada mereka-mereka di sekeliling saya selama Ramadhan ini?

Sungguh, Ramadhanlah bulan kebiasaan bagi umat Islam mengubah sikap, kurangkan dosa dan cuba untuk gandakan pahala...al-Quran yang pada bulan-bulan lain agak jarang disentuh, tapi habis dikhatamkan berkali-kali dalam bulan Ramadhan...Betapa indahnya bulan ini...Ianya benar-benar 'ramadha', betul-betul membakar...Membakar semangat setiap mukmin/ah dalam mendekatkan diri kepada Allah(taqarrub ila Allah)...Beberapa hari pertama Ramadhan saya mendapat sebuah mesej daripada seorang teman.Mesej tersebut amat-amat memberi kesan kepada saya walaupun mungkin ianya agak simple pada kebanyakan orang. Tapi tidak pada saya...Mesejnya tertulis begini :

"Pelanggan yang dimuliakan Allah,
masa aktif hidup anda akan segera tamat.
Baki pahala anda sudah tidak mencukupi untuk cita-cita menuju syurga Ilahi.
Sila reload iman anda dengan segera sebelum nyawa anda diblok.
Sedia reload iman di bulan Ramadhan.
Semakin banyak reload dilakukan,
semakin banyak point yang anda kumpul.
Kumpulkan point sebanyak-banyaknya.
Demi meraih ganjaran zahir dan batin.

Marhaban Ya Ramadhan.
Mohon maaf zahir batin."


Subhanallah...Sedar ataupun tidak, saya sering lalai dalam melakukan tugas sebagai hamba...jika semalam saya dapat menghabisi satu juzuk al-Quran, tapi pada hari ini saya hanya baca setengah juzuk sahaja...jika semalam saya dapat menghabisi solat sunat tarawih sebanyak 23 rakaat, tapi pada hari ini saya hanya berjaya menunaikan sebanyak 11 rakaat sahaja...Betapa berkiranya saya terhadap masa yang ianya juga bukan milik saya. Betapa berkiranya saya terhadap penat badan ketika beribadat sedangkan Allah Ta'ala tidak pernah jemu memberi nikmat nafas, tenaga, ibadat, makanan dan segala nikmat lain lagi yang tidak dapat saya hitung. Segala nikmat yang DIA berikan kepada saya seolah-olah hanya saya seorang sahaja hamba-NYA...Maha Suci Allah...Namun semakin Ramadhan bakal meninggalkan saya, saya semakin lalai...Sepatutnya amalan semakin digandakan, yang terjadi adalah sebaliknya...Sedangkan Rasulullah(Shallu 'Alaih) pernah bersabda,

"Celakalah bagi sesiapa di antara kamu yang pada hari ini
lebih buruk daripada semalamnya" -Muttafaqun 'Alaih-

Nah! Satu peringatan keras daripada kekasih hati umat Islam. Semoga saya dapat melunasi segala hutang dosa saya terhadap Allah Ta'ala. Semoga saya beribadat bukan kerana saya merasakan ianya kewajipan saya, maka saya mesti kerjakan. Tetapi, semoga ibadat saya mencapai kepada apa yang dinamakan kerinduan terhadap 'mardhatiLLAH'. Bukan hanya 'ramadha' pada bulan Ramadhan sahaja, malahan ramadha sehingga akhir hayat saya.

Wallahu A'lam

Category : edit post

HADITH MUSALSAL, BID'AH KE?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 8:25 PG 0 ulasan

Alhamdulillah setelah berhempas pulas menahan kepala daripada pecah dek kerana peperiksaan(padahal tidur je...), akhirnya saya berkesempatan untuk kembali menulis...Kali ni Hadith Musalsal menjadi pilihan saya sebagai bicara jari-jemari...Pada hari Selasa bersamaan 24 Rejab 1431H, Alhamdulillah saya dan beberapa rakan seperjuangan berpeluang mengikuti pengajian bersanad bersama seorang alim fi ad-Din yang tidak asing lagi bagi kebanyakan kanak-kanak al-Azhar iaitu Syeikh Muhammad Husni Ginting ibn Muhammad Hayah Ginting ibn Ilyas Ginting ibn Salih Ginting al-Langkati(biografi beliau akan saya cuba usahakan kemudian untuk dikongsikan bersama) yang berlangsung di Zaqaziq...Maha Suci Allah, kami berjaya mengharungi terik matahari yang berjaya menukar bau perfume beraneka wangian yang kami pakai di pagi hari kepada peluh beraneka hapak baunya...Boleh dikatakan ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil sanad Hadith Musalsal iaitu sanad Hadith yang bersambung daripada Rasulullah sehinggalah sekarang...Alhamdulillah di dalam pengajian Syeikh Husni sempat menerangkan maksud Hadith Musalsal sebelum menyampaikan sanad tanpa perlu diminta...Mungkin kerana berasa kasihan melihat muka jahil saya yang sememangnya sedang dahagakan maksud sebenar Hadith Musalsal pada waktu itu...Apa itu Hadith Musalsal? Dan benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Hadith Musalsal itu bid'ah dhalalah? Jom explore sama-sama...


Menurut keterangan Syeikh Husni, Hadith Musalsal bermaksud talian atau rantaian perawi terhadap hadith daripada Rasulullah yang bersambung dari segi perkataan, perbuatan, dan ikrar dalam satu sifat dan cara yang sama sehinggalah sekarang...Mengapa ia dinamakan Musalsal? Kerana di dalam rantaian tersebut berlakunya tasalsul iaitu sesuatu perkara yang tidak berkesudahan...Ataupun dalam bahasa mudahnya hadith Rasulullah tidak terputus sehinggalah sekarang dan mungkin pada masa akan datang sekiranya penyampaian hadith berterusan dengan sifat dan cara yang sama...Syeikh Husni juga menjelaskan bahawa Hadith Musalsal lebih khusus daripada sanad(rantaian perawi)...Bermakna setiap daripada perawi yang memperoleh hadith musalsal pastinya bersanad kerana rantaian periwayatan hadith tidak terputus daripada Rasulullah sehinggalah sekarang sebagaimana yang telah saya tuliskan sebelum ini...


Akan tetapi ada juga golongan yang menafikan Hadith Musalsal ni...Bid'ah katanya...Kerana golongan ni(saya taknak sebutkan di sini, lu fikirlah sendiri!) beranggapan hadith yang benar hanya hadith salafi semata-mata...Syeikh Husni membidas mereka dengan mengatakan bahawa hadith-hadith Musalsal juga diajarkan di sekolah-sekolah fahaman mereka, bagaimana hadith ini dikatakan salah? Lagi bidasan daripada Syeikh Husni, sekiranya mereka menolak hadith-hadith Musalsal, bagaimana mereka mengamalkan isi hadith tersebut sedangkan tidak terselit satu pun nama-nama ulama' fahaman mereka...Maka dengan rantaian apakah yang mereka gunakan untuk beramal dengan isi Hadith ini? Bagaimana Syeikh boleh mengatakan sedemikian? Kerana beliau sendiri pernah merapati ramai ulama' di Mekah dan berupaya memahami perkara-perkara yang bercanggah dengan iktikad Ahlu Sunnah...


Segala puji bagi Allah...Syeikh menerangkan lebih lanjut tentang hadith Musalsal dengan menegaskan bahawa hadith ini hanya boleh dikatakan sampai sekiranya orang yang menerima sanad mendengar sendiri daripada gurunya yang juga mempunyai sanad yang sama yang juga diperoleh daripada gurunya dan begitulah seterusnya sampailah kepada Rasulullah...SYARATNYA MESTI BERJUMPA DAN MENERIMA DARIPADA GURUNYA...Lagi penerangan daripada Syeikh bahawa perlu untuk ihtimam(memberi perhatian) terhadap Musalsal perawi termasuklah tarikh wafat mereka...Kerana apa? Supaya kita dapat mengetahui sama ada terdapat kekurangan jumlah perawi dan juga dapat mengetahui sama ada rantaian perawi tersebut benar ataupun tidak dari segi bertemunya perawi dengan gurunya...Dari sini kita dapat faedah dengan mengetahui sama seseorang itu tersilap dalam menyebutkan rantaian sanad ataupun menipu dalam menyampaikan rantaian perawi..."mana mungkin seorang perawi dapat meriwayatkan hadith daripada orang yang sudah lama wafat sebelumnya? Apakah bertemu melalui mimpi ataupun meriwayatkannya dari kuburan?" Antara kata-kata Syeikh yang berjaya menambat benak saya yang sudah hampir-hampir blur disebabkan kepanasan dalam kepadatan manusia yang 'wangi-wangi' belaka...


Akihr kalam, suka saya nak petik kata-kata Syeikh Husni, "Kuasailah hadith Riwayat dahulu barulah kuasai Dirayat selepasnya kerana dengan menguasai ilmu Riwayat secara automatisnya kita mendapat sekali faedah-faedah hadith Dirayat"...Insya-Allah pada masa akan datang saya akan cuba untuk berkongsi tentang biografi para ulama' dan kemudiannya barulah saya akan mula berkongsi tentang matan(isi) hadith Musalsal...Semoga Allah memberkati ilmu yang kita pelajari...Jalan menuntut ilmu bukan senang, tapi syurga sebagai ganjaran bagi mereka yang bersungguh untuk mendapatkannya...Wallahu A'lam...

Category : edit post

Menghapus Akaun Facebook, PERMANENT!

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:51 PG 0 ulasan

Posted: Mac 22, 2009 by dzikrina

Menghapus Akaun Facebook, PERMANENT!


Ternyata mendelete account facebook itu tidaklah mudah. Artikel sebelumnya saya telah memberi tahu bagaimana men”deactivate” akaun facebook kita. Untuk anda yang sudah mencubanya, saya minta coba login kembali ke facebook. Apabila anda dapat masuk dengan mudahnya, bererti anda telah gagal mendelete akaun tersebut.
Berikut adalah langkah yang benar bagaimana mendelete akaun facebook kita (tidak hanya deactivate). Saya nasihatkan kepada anda untuk benar-benar focus pada langkah ini, kerana memerlukan waktu yang lama untuk benar-benar mengapusnya. Saya memerlukan waktu 5 jam untuk benar-benar membuat halaman akaun saya kosong. So, enjoy!- Hapus semua kawan anda dengan cara mengklik tanda “x” lalu memilih “remove friend”.
- Hapus semua foto di halaman album anda. Caranya, masuk ke halaman foto, lalu pilih album dan pilih “delete this album”.- Hapus semua komentar yang anda kirim, dengan cara masuk ke halaman profile lalu pilih tanda “x” dan pilih “delete” di setiap kotak wall dan komentar anda.
- Cabut keanggotaan anda dari groups, fan, dan supporter di halaman INFO. Caranya dengan mengunjungi group anda lalu pilih “remove”.
- Hapus semua info tentang anda. Pilih “info” edit.
- Remove semua tag yang ada di halaman foto anda
- Kirim email ke http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account dan pilih hapus akaun secara permanent. Masukkan password anda lalu masukkan kata sandi(captcha) yang terlihat.




- Setelah terkonfirmasi, facebook akan memberitahu bahawa jika Anda tidak login selama 14 hari, maka akaun anda akan terhapus dan tidak boleh direcovery.
- Setelah itu facebook akan log out secara automatik.
- Sila periksa 14 hari kemudian dengan login dengan akaun anda. Kalau tidak boleh bererti facebook anda berhasil di delete.
Sumber : http://itguidelines.blogspot.com/2009/01/how-to-delete-facebook-account.html
Kesimpulan setelah saya melakukan langkah-langkah di atas adalah, semakin lama anda menjadi member di facebook maka akan semakin panjang waktu yang anda butuhkan untuk menghapus akaun anda. Atau singkatnya, semakin lama semakin susah untuk keluar dari facebook. Jadi, sebelum anda terjajah olehnya lebih baik anda berhati-hati.


Category : edit post

ILMU IKHLAS...Simple tapi menarik...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 2:49 PTG 0 ulasan



“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.



Category : edit post

TIDURNYA HANYA DUA SENGGUKAN...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 6:52 PTG 0 ulasan


Alhamdulillah dapat gak kembali m'update blog yg sekian lame x d'sentuh...Kali ni nak cerita pasal Imam Abu Hanifah an-Nu'man r.a...Cerita ni ana ambil dari petikan riwayat Imam Abu Hanifah dari kitab Khairatul Hisan yang ditahqiq oleh Syeikh Nuruddin Marbu al-Makki...Seorang ulama' yang tak asing lagi bagi kitorang kanak-kanak al-Azhar...Ntah kenapa balik dari kelas Syeikh semalam terngiang-ngiang kisah Imam Abu Hanifah dalam kepala ni...Macam-macam perasaan ada bile renungkan kisah beliau...Macam nak nangis pun ada gak...Punyalah taat pada Allah Ta'ala...Allah...Jom baca kisahnya...

Dari Imam Mis'ar r.a :

"Aku melihat Imam Abu Hanifah solat di awal pagi, kemudian beliau duduk bersama orang ramai dalam majlis ilmu(mengajar) sehinggalah waktu Zohor, dari Zohor sehinggalah waktu Asar, kemudian sehinggalah hampir kepada waktu Maghrib, kemudian sehinggalah waktu Isya', maka aku berkata dalam hati : Bilakah masanya beliau meluangkan waktu untuk b'ibadah? Maka aku mengintipnya, ketika mana manusia sedang tidur maka keluar Imam Abu Hanifah ke masjid dengan b'pakaian bersih seperti seorang pengantin, maka beliau pun berdiri tegak(solat) sehinggalah waktu pagi, kemudian beliau masuk ke biliknya dan menggantikan pakaian kemudian beliau keluar untuk mendirikan solat Subuh, kemudian beliau melakukan sebagaimana yang beliau kerjakan seperti sebelum ini(mengajar), maka aku berkata dalam hati : sesungguhnya lelaki ini m'hidupkan malam ketika aku mengintipnya, di mana semua manusia sedang nyenyak tidur beliau keluar ke masjid dan pada waktu siangnya beliau mengerjakan sebagaimana yang dikerjakan seperti sebelumnya, sehinggalah waktu Isya' aku berkata : sesungguhnya lelaki ini telah m'hidupkan dua malam sebagaimana aku mengintipnya malam semalam, dan pada siangnya beliau mengerjakan sebagaimana yang dikerjakan sebelum ini, maka aku berkata aku akan mengikutnya sehinggalah aku mati atau sehinggalah kewafatan beliau, berkata Imam Mis'ar "aku tidak pernah melihat beliau(Imam Abu Hanifah r.a) makan pada waktu siangnya, dan tidak pernah aku melihat beliau tidur pada malamnya, dan tidurnya Imam Abu Hanifah hanya sebentar sebelum Zohor(diberitakan oleh Syeikh Nuruddin bahawa tidurnya Imam Abu Hanifah hanya dengan dua senggukan)"...Dan wafatnya Imam Mis'ar dalam sujudnya di dalam masjid Abu Hanifah...


Sengaja ana guna stail bahasa orang lama sebab nak terjemah satu persatu dari kitab dan nak naikkan feel...harapnya feel lah kan...hehe...Cerita belum habis lagi...

Berkata Imam Syarik : "Aku telah bersama dengan Imam Abu Hanifah selama setahun, tidak pernah aku melihat dia melabuhkan badannya di atas katil"...


Hampir gak t'keluar mata air ni...Eh bukan! Air mata...Sedih bila kenangkan betapa bersungguhnya seorang ulama' dalam m'perjuangkan ilmu Allah...Bukan sedih sebab kesiankan beliau, tapi sedih mengenangkan diri ni terlalu bersenang-lenang seolah-olah telah dijanjikan syurga...Syeikh Nuruddin ada menjelaskan, kenapa Imam Abu hanifah tak nak tidur? Dalam hatinya sentiasa ada kebimbangan tentang nasib umat Islam akhir zaman dan beliau sentiasa bimbang akan pudarnya ilmu Islam dari muka bumi Allah Ta'ala...Persis sebagaimana bimbangnya Rasulullah(shallu 'alaih) terhadap umat...


Makin terasa kecil dan kerdil diri ni bila teringatkan doa Imam Abu Hanifah sebelum beliau mendirikan tahajjud...

berkata al-Fudhail bin Dikkin : "Aku telah menyaksikan jema'ah dari kalangan tabi'in dan selainnya, dan aku tidak pernah melihat sebaik-baik solat persis solat Imam Abu Hanifah, di mana sebelum beliau mendirikan solat beliau menangis dan berdoa...
Beliau mengulangi doanya :

بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوۡعِدُهُمۡ وَٱلسَّاعَةُ أَدۡهَىٰ وَأَمَرُّ 

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit
.
{surah al-Qamar : 46}



Dan beliau berdoa di malam yang lainnya :


فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَٮٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ

Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufikNya), serta memelihara kami dari azab neraka.
{surah at-Thur : 27}


Diulang-ulang doanya sehinggalah ke pagi...


Akhir kalam, sama-samalah kita berusaha dapatkan walaupun hanya sedikit keberkatan dari Imam an-Nu'man...Banyakkan berdoa dan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian...Insya-Allah...


"Ya Allah...Jika Engkau reda dengan ilmu Imam Abu Hanifah, jika Engkau cinta kepada Imam Abu Hanifah, jika Engkau berkati hidup Imam Abu Hanifah, kurniakanlah kepada ku walau secebis dari kelebihan dan kecintaan yang telah Engkau berikan padanya..."


Wallahu A'lam



Category : edit post

Kalimah Allah dan Syariat Allah

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 6:12 PTG 0 ulasan


1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .

Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

Surah Maryam : 88 - 91



أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Surah Al An'am : 19



5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :



ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .

Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .


Petikan dari cetusan rasa oleh Us.Nasruddin Hassan at-Tantawi.


Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:32 PTG 0 ulasan



HIKMAH BERDIAM DIRI



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutup segala aib.


Hadith-hadith Rasullulah mengena! 1 kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yangg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" .
(hadith riwayat Abu Naim)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".( Muttafaqun 'alaih )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
( hadith riwayat at-Tarmizi )


Madah Hukama' :

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah kebaikan. Bicara yang baik merupakan simbol kekuatan hati dan hati yang baik dan bersih juga bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Wallahu A'lam...



Category : edit post

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...