Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

Senyumlah Kerana Allah...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:15 PG

Kejadian ini berlaku di New York...Pada suatu hari, seorang lelaki berjanggut rapi sedang bersiar-siar di bandar...Tiba-tiba terjadi perkara yang mengejutkan berlaku di hadapannya...Seorang gadis genit sedang dikejar seekor anjing gila...Dengan langkah berani lelaki itu mencapai sebatang kayu lalu memukul anjing gila tersebut...Hanya dengan sekali pukulan sahaja menyebabkan anjing gila itu mati...Berikutan kejadian, seorang polis datang untuk mengambil keterangan tentang apa yang berlaku dan gadis genit tadi memberitahu polis bahawa lelaki tersebut telah menyelamatkan nyawanya...Mendengarkan keterangan gadis terbabit, polis tersebut memuji lelaki berjanggut itu dengan berkata..."Tahniah! Esok pasti akan terpampang di muka akhbar, seorang lelaki New York yang berani telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dengan membunuh seekor anjing gila."...Lelaki berjanggut menjawab,"maaf, saya bukan orang New York."...Polis itu berkata pula,"oh, jika begitu, esok pasti akan terpampang di muka hadapan akhbar, seorang lelaki Amerika yang berani telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dengan membunuh seekor anjing gila!"...Lalaki tadi menyatakan semula bahawa dia bukan orang Amerika mahupun New York..."Kalau tidak Amerika mahupun New York, awak berasal dari mana?"...Tanya polis tersebut kehairanan...Dengan selamba lelaki berjanggut rapi menjawab..."Saya berasal dari Saudi"...Dan pada keesokan hari, terpampang di muka hadapan akhbar dengan tajuk yang begitu besar, SEORANG EKSTREMIS ISLAM TELAH MEMBUNUH SEEKOR ANJING YANG TIDAK BERDOSA!


...................................................................................................................................................................



Seperti biasa pada setiap hari Jumaat seorang khatib menyampaikan khutbahnya...Dan pada kali ini khatib tersebut menyampaikan 2 berita kepada para pendengar...Khatib berkata..."Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, hari ini saya akan menyampaikan 2 berita kepada anda...1 berita gembira dan 1 lagi berita buruk...Berita gembiranya ialah kerajaan telah mendermakan tanah untuk kita mendirikan sekolah agama bagi anak-anak yatim di daerah ini.Dan kita memerlukan sejumlah wang untuk membiayai projek pembinaan sekolah tersebut...Berita buruknya ialah, wang-wang yang diperlukan masih lagi berada di dalam poket tuan-tuan sekalian..."


...............................................................................................................................................................


Suatu hari Mullah Nasruddin telah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah masjid...Setibanya di masjid, dia bertanya kepada para jemaah..."Adakah kamu tahu apa yang akan saya perkatakan pada hari ini?"...Semua hadirin menjawab tidak...Lalu beliau berkata..."Saya tidak suka berucap kepada orang yang tidak tahu isi yang akan saya sampaikan."...Kemudian beliau terus beredar meninggalkan jemaah dalam keadaan tepinga-pinga...Selang hari kemudian beliau dijemput lagi untuk memberi ceramah...Sebelum memulakan ceramah, beliau bertanya..."Adakah kamu tahu apa yang akan saya sampaikan?"...Kali ini para hadirin sepakat untuk menjawab YA! Lalu beliau berkata..."Oleh kerana kamu sudah tahu, maka tidak perlulah saya beri ceramah pada hari ini."...Kemudian beliau terus berlalu meninggalkan jemaah yang semakin kehairanan dengan sikapnya...Tetapi para jemaah tetap tidak mahu mengalah.Mereka berpakat supaya apabila Mullah Nasruddin menanyakan perkara yang sama, separuh daripada jemaah akan menjawab ya dan separuh lagi menjawab tidak...Lalu Mullah Nasruddin dipanggil lagi...Sebelum memulakan ceramah, beliau menanyakan lagi soalan yang serupa...Dan dengan serentak separuh jemaah mengatakan ya dan separuh lagi mengatakan tidak...Dengan wajah yang tenang, Mullah Nasruddin berkata..."Baguslah jika begini.Separuh tidak tahu dan separuh lagi sudah tahu...Yang tidak tahu boleh bertanya kepada yang sudah tahu dan yang sudah tahu boleh mengajar mereka yang tidak tahu."...Kemudian beliau terus beredar...


.................................................................................................................................................................


2 orang lelaki berbangsa Amerika sedang menaiki kapal terbang atas urusan bisnes...Tiba-tiba datang seorang lelaki beragama Islam duduk di hadapan mereka.Kedua-dua lelaki tersebut memandang lelaki beragama Islam dengan pandangan yang amat jelek seolah-olah mereka melihat seekor babi di hadapan mereka...Lalu seorang daripadanya bersuara dengan kuat supaya lelaki beragama Islam tadi dapat mendengar...
lelaki 1 : Awak tahu tak, bos saya telah menyuruh saya pergi ke Arab Saudi...Tapi saya tak suka
padahal negara itu kaya...Saya tak suka kerana di negara itu terdapat ramai orang
Islam!"
lelaki 2 : Oh, saya pun sama.Bos saya suruh saya pergi ke Iraq tetapi saya menolak kerana di
negara itu terdapat ramai orang Islam!"
Lelaki 1 : Oh! Jika begitu awak pasti takkan dapat mencari saya di Indonesia juga!Hahaha!
Lelaki 2 : Oh! Jika begitu awak juga pasti takkan dapat mencari saya di Malaysia, selatan
Thailand, Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain!"
Lalu ketawa berderai.Mereka sengaja berbual dengan kuat supaya dapat membangkitkan 'kemarahan' lelaki yang beragama Islam tersebut.Tanpa disangka-sangka yang terbangkit di hati lelaki Islam itu bukanlah 'kemarahan' sebaliknya 'keramahan'.Dengan wajah tenang lelaki Islam itu berpusing ke belakang menghadap 2 lelaki Amerika yang puas mencemuh Islam sejak tadi sambil tersenyum lalu berkata..."Kenapa kamu tak pergi je ke neraka? Saya dengar di sana tak ramai orang Islam!"

Category : | Read More...... edit post

0 Response to "Senyumlah Kerana Allah..."

Catat Ulasan

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...