Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...

Perkasakan Bahasa Inggeris?Perkasa lagi Allah Ta'ala...

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 11:45 PTG


Semalam ibu ana balik dari sekolah(ibu ana guru BI) dgn muka yang berseri-seri...Pastu ibu ana cerita pasal student2nye yang ala2 pandai2 bodo...Maksud ana kurang pintar tapi nak tunjuk pandai...Kelmarin ibu ana tetapkan kpd student2nye supaya sentiasa b'bahasa Inggeris pada keesokan hari(semalam)...Kalau satu perkataan Bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka, mereka dikehendaki m'bayar 10 sen sebagai denda...

Hari yang ditetapkan pun tiba...M'ikut jadual ibu ana sepatutnya masuk ke kelas darjah 6 selepas waktu rehat pada hari tersebut...Menurut cerita ibu ana,hari itu tak seperti hari2 biasa...Selalunya apabila masuk kelas, student2 slalunya tak duduk diam..Belum sempat ibu ana bagi salam dah ade yang jerit.."Teacher Rock sudah mari!"...Dan ketawa b'derai...Tapi hari tu lain..Semua student duduk diam...Masing2 bagai cacing m'cari aircond dgn muka pucat mereka...Rupanya mereka takut jika disoal oleh ibu ana...Sesi p'belajaran b'langsung...Ibu ana m'beri mereka latihan di dlm buku shj kerana tahu para student takut untuk b'tutur dlm Bahasa Inggeris...

Tiba2 seorang student yang b'nama Salikin(bukan nama sebenar) dgn selamba b'tanya..."Teacher,saya tak faham soalan ni!"...Dan dgn selamba badak jugalah ibu ana menadah tangan kanannya sambil b'kata..."10 cent"...Dgn muka toya selamba Salikin mengeluarkan 10 sen dari koceknya lalu diberikan kpd ibu ana...Lalu dia b'tanyakan soalan yang sama...Ibu ana m'jawab lagi..."10 cent"...Salikin menyeluk lagi sakunya...Lalu dia b'tanya lagi..."Teacher, I not faham this soalan"...Ibu ana t'senyum lalu b'kata lagi..."10 cent"...Kali ni Salikin mengetatkan mukanya sambil memandang ibu ana...Ibu ana hairan lalu b'tanya..."Why do your face like tempoyak?Are you sick?"...Dgn nada sedih Salikin m'jawab..."Duit saya dah habis...Hari ni mak saya cuma bagi 50 sen je...Tu pun saya dah guna 30 sen tadi buat beli air"...Ibu ana t'senyum lalu m'berikan jawapan kpd studentnye yang bernama Salikin itu...Dalam hati ibu ana b'doa supaya inisiatifnya dapat m'buatkan student2nya sentiasa peka untuk m'pelajari Bahasa Inggeris... Waktu tu ana t'fikir bayangkanlah kalau ramai student b'perangai macam Salikin ni...Mesti siap ada student yang t'londeh seluarnye sebab t'lalu banyak duit syiling dalam poket seluar...he2...

Allah memandang doa ibu ana...Hari ni sewaktu ibu ana sedang makan di kantin,kedengaran suara student2 yang berasak-asak ingin m'beli makanan...Tiba2 seorang student m'jerit..."Cik jenah!Nasi Lemak 1!"...sahabatnya menegur,"Eh,teacher ada kat sini la...Don't speak in Malay!"...Dan dgn suara yang kuat student tadi m'jawab..."Ah, sekarang time rehat...Aku tak kire,speak Indon ke Malay ke yang penting sekarang air liur aku pun dah Malayleh dah ni!"...Suaranya jelas kedengaran sehinggakan ibu ana pun dapat m'dengarnya dari dalam...Semua student yang m'dengarnya turut ketawa...Kemudian kedengaran suara2 student lain..."Cik Jenah!Please give me one fried noodle!"..."Cik Jenah!give me this one!"..."Cik Jenah!How much this?!"...Ibu ana yang m'dengarnya berasa teruja dan amat b'syukur...Ana yang baru dengar cerita ibu ana pun turut teruja...Lalu seorang student b'kata..."Weh, ko ni speaking2 kat Cik Jenah bukannya die faham pun!"...M'dengarkan itu Cik Jenah m'jegilkan mata lalu b'kata dengan suara yang kuat..."Ooh!So you fikir I can't speak English haaa?!"...Wanita berusia 50-an itu berseloroh...Ketawa b'derai...Para guru yang sedang menikmati makanan turut t'tawa melihat telatah Cik Jenah dan para student...Bukan setakat Cik Jenah dan para student, para guru turut b'gurau m'gunakan Bahasa Inggeris apabila 2 orang guru lelaki berebutkan sudu...Seorang b'kata..."Hey!Spoon I!Spoon I!"...Seorang lagi b'kata..."Nonononono, This spoon is I!"...

Begitulah kuasa Allah Ta'ala yang sentiasa memandang segala yang baik dan tidak penah lupa memandang kepada yang buruk mahupun yang lemah...M'dengar cerita ibu, ana t'fikir...Asalnya cuma harapan ibu ana ingin melihat hanya student2nye m'praktikkan Bahasa Inggeris, sampai ke mak cik kantin t'kena tempiasnya...B'makna walau sekecil mana niatnya, jika dilakukan dgn usaha dan harapan yang besar kpd Allah, perkara tersebut juga akan m'jadi besar...Maha Suci Allah...

Category : | Read More...... edit post

0 Response to "Perkasakan Bahasa Inggeris?Perkasa lagi Allah Ta'ala..."

Catat Ulasan

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...